Keputusan UPSR yang telah diumumkan pada 19 November 2012 telah mencatatkan keputusan yang cemerlang iaitu, seramai 7 orang pelajar telah mendapat 5A berbanding 5 orang pada tahun 2011. GPS sekolah pada tahun 2012 ialah 2.14. Seramai 70 orang calon telah mencapai kompetensi iaitu 79.5% berbanding 88 orang calon keseluruhan. Empat subjek telah mencatatkan peningkatan melebihi 90% iaitu Bahasa Melayu Pemahaman (98.9%), Bahasa Melayu Penulisan (94.3%), Matematik (94.3%) dan Sains (96.6%). Bagi subjek Bahasa Inggeris pula mencatatkan pencapaian 80.7%. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang perlu teruskan usaha sehingga berjaya pada masa akan datang.
Berikut adalah senarai nama pelajar yang telah mencapai keputusan 5A:
1. ALIANA ALLA AK RAYNOLD
2. AZWA BINTI ZULKARNAI
3. AZYAN FADHLIN BINTI AZMI
4. FATIN ATIRAH BINTI MUHAMMAD SA'EDI
5. NUR AIN SYUHADA BINTI SOFIAN
6. NUR ZULAIKHA BINTI ZAINORKIFLI
7. NURUL FARAHANA BINTI SHAMSUDIN
Dicatat oleh:
Puan Rozita Mohd Som
Wednesday, 28 November 2012
Selamat bercuti
Selamat bercuti kepada semua warga SK Gadong Jaya mulai 10 November 2012 hingga 2 Januari 2013. Berjumpa lagi pada tahun 2013 dengan azam untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.
Wednesday, 23 November 2011
Pendaftaran Murid Tahun 1 2012
Pendaftaran murid tahun 1 2012 akan dijalankan pada 31 Disember 2011 iaitu pada hari Sabtu.
Keputusan UPSR 2011
Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 5A dalam semua mata melajaran. Pelajar tersebut ialah Aina Nazira Abdul Aziz, Amir Safarudin, Nor Amirah Mohd Azli, Mohammad Naresh Mohd Nanda, dan Amirul Firdaus. Dua orang pelajar pula telah mendapat 4A 1B iaitu Mohammad Narvin Mohd Nanda dan Nor Amiratul. Tahniah diucapkan kepada pelajar yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang. Bagi yang tidak berjaya, usaha lagi untuk mencapai kecemerlangan dan menjadi insan yang seimbang apabila berada di sekolah menengah.
Selamat Datang.
Ini merupakan blog terbaharu Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya Labu N Sembilan mulai 23 November 2011. Segala maklumat terbaharu akan dikemaskini sedikit masa lagi. Terima kasih atas keprihatinan anda.
Subscribe to:
Posts (Atom)