Selamat Datang ke Blog SK Gadong Jaya, 71900 Labu, Negeri Sembilan

Wednesday 28 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR yang telah diumumkan pada 19 November 2012 telah mencatatkan keputusan yang cemerlang iaitu, seramai 7 orang pelajar telah mendapat 5A berbanding 5 orang pada tahun 2011. GPS sekolah pada tahun 2012 ialah 2.14. Seramai 70 orang calon telah mencapai kompetensi iaitu 79.5% berbanding 88 orang calon keseluruhan. Empat subjek telah mencatatkan peningkatan melebihi 90% iaitu Bahasa Melayu Pemahaman (98.9%), Bahasa Melayu Penulisan (94.3%), Matematik (94.3%) dan Sains (96.6%). Bagi subjek Bahasa Inggeris pula mencatatkan pencapaian 80.7%. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang perlu teruskan usaha sehingga berjaya pada masa akan datang.

Berikut adalah senarai nama pelajar yang telah mencapai keputusan 5A:
1. ALIANA ALLA AK RAYNOLD
2. AZWA BINTI ZULKARNAI
3. AZYAN FADHLIN BINTI AZMI
4. FATIN ATIRAH BINTI MUHAMMAD SA'EDI
5. NUR AIN SYUHADA BINTI SOFIAN
6. NUR ZULAIKHA BINTI ZAINORKIFLI
7. NURUL FARAHANA BINTI SHAMSUDIN

Dicatat oleh:
Puan Rozita Mohd Som

Selamat bercuti

Selamat bercuti kepada semua warga SK Gadong Jaya mulai 10 November 2012 hingga 2 Januari 2013. Berjumpa lagi pada tahun 2013 dengan azam untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.