Selamat Datang ke Blog SK Gadong Jaya, 71900 Labu, Negeri Sembilan

Thursday 21 September 2017

PERTANDINGAN TOKOH NILAM PERINGKAT DAERAH SEREMBAN, 2017

Tarikh :29 April, 2017
Tempat:  IPG Teknik , Bandar Ensteks , Seremban.
Wakil Sekolah :  Adik Nur Nisa Humayraa  binti Mohd Khoirul Anwar. 

Sekalung tahniah buat adik Nur Nisa Humayraa atas kejayaan beliau dalam pertandingan ini 
seterusnya dinobatkan sebagai Johan Tokoh NIlam kategori Bahasa Melayu Sekolah Rendah  Daerah Seremban.
Adik Nur Nisa akan mewakili Daerah Seremban ke pertandingan Peringkat Negeri pada 25 September  2017 yang akan datang. 
Semoga Adik Nur Nisa berjaya . Sama-samalah kita doakan kejayaan adik Nur Nisa


Wednesday 21 October 2015

AKTIVITI  BULAN OKTOBER

MAJLIS GRADUASI TAHUN 6 KALI KE-3 AKAN BERLANGSUNG PADA 29 OKTOBER 2015 BERTEMPAT DI PALM MALL SEREMBAN. MAJLIS INI AKAN MELIBATKAN SERAMAI 88 ORANG MURID TAHUN 6 SESI 2015.

Monday 5 January 2015

WAKTU PERSEKOLAHAN 2015

PERHIMPUNAN PAGI: 7.15 PAGI HINGGA 7.25 PAGI

TAHAP 1- TAHUN 1 DAN 2:
7.30 PAGI  HINGGA 1.00 PETANG ( ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS )
7.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI ( JUMAAT )

TAHUN 3:
7.30 PAGI HINGGA 1.00 PETANG ( ISNIN. RABU, KHAMIS )
7.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG ( SELASA)

9.30 PAGI HINGGA 10.00 PAGI - REHAT

TAHAP 2: TAHUN 4, 5 DAN 6
7.30 PAGI HINGGA 2.00 PETANG ( ISNIN, SELASA, RABU, KHAMIS )
7.30 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI ( JUMAAT )

10.30 PAGI HINGGA 11.00 PAGI - REHAT

Waktu 1M1S diadakan untuk murid tahun 3, 4, 5 dan 6 pada hari Selasa iaitu mulai 7.30 - 8.30.
Waktu Kokurikulum diadakan pada hari Rabu untuk murid-murid tahun 4, 5 dan 6 mulai jam 1.00 - 2.00 petang.


PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PERASMIAN MINGGU TRANSISI 2015

Majlis telah diadakan pada 3 Januari 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan Terbuka SK Gadong Jaya. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Puan Juliya wakil PPD Seremban.

SELAMAT DATANG KEPADA WARGA SKGJ SESI 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula pada 12 Januari 2015. Kepada semua pelajar yang akan memulakan sesi baharu ini diucapkan selamat datang dan selamat menempuh pembelajaran dengan azam dan semangat yang membara.

Sunday 21 April 2013

AKTIVITI ANJURAN PPD SEREMBAN

Sepanjang Januari hingga April, sekolah ini telah menghantar pelajar-pelajar untuk menyertai pertandingan koakademik dan sukan anjuran PPD Seremban. Sekolah ini telah diletakkan dalam daerah Seremban 2.

1. Pertandingan Kawad Kaki ( Johan Seremban 2 )
2. Sahibba ( Tempat Ke-4 Seremban 2 )
3. Peraduan Mengarang ( Tempat ke-4 dan ke-5 Tahap 1 Seremban 2 )
4. Hafazan ( Tempat ke-4 Seremban 2 )
5. Coral Speaking ( Penyertaan )
6. Pertandingan Bercerita
7. Pidato
8. Bola Tampar ( Tempat ke-3 Seremban 2 )
9. Bola Jaring
10.Tarian
11.Nyanyian Solo
12.Olahraga

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 13 hingga 16 Mei 2013
Masa    : Isnin hingga Rabu

Semua pelajar diharap bersedia dan membuat ulang kaji bagi semua mata pelajaran.
Jadual peperiksaan akan diedarkan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Ibu bapa
diharap dapat memantau jadual belajar anak masing-masing demi memastikan
kecemerlangan anak-anak.