Selamat Datang ke Blog SK Gadong Jaya, 71900 Labu, Negeri Sembilan

MAKLUMAT KORPORAT

Sejarah Dan Perkembangan Sekolah


SK Gadong Jaya mula dibuka pada 16.7.1961 dengan tiga orang guru termasuk seorang Guru Besar. Bangunan sekolah menggunakan tempat tinggal sementara peserta Rancangan Tanah Kg Gadong Jaya.
Pada Tahun 1966 keramaian murid bertambah kepada 174 orang. Tetapi jumlah murid telah berkurangan hingga tinggal 52 orang pada tahun 1988. Pelbagai usaha dilakukan untuk menambahkan keramaian murid. Antaranya memujuk penduduk Orang Asli di Kg Pelebar untuk menghantar anak mereka sekolah. Usaha-usaha ini telah berjaya meningkatkan enrolmen murid ke angka 150 orang. Pada Januari 2004 keramaian murid telah meningkat ke 312 orang dan ditambah pula dengan murid pra sekolah seramai 25 orang.
Pada tahun 1966, sekolah menggunakan bangunan baru yang kemudiannya dirasmikan pada tahun 22.7.1971 oleh Dato Mansor bin Othman, Menteri Besar N Sembilan ketika itu. Kemudian pada tahun 1994 sekolah mendapat bengunan tambahan yang kemudiannya telah dirasmikan pada 13.5.1995 oleh Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato’ Haji Abdul Samad. Pada tahun 2001 sekolah mendapat satu lagi bangunan tambahan untuk tiga bilik darjah dan juga tambahan bilik pra sekolah. Pada awal 2003 sebuah bangunan makmal komputer dan empat pintu rumah guru juga telah dibina guna menambah keupayaan fizikal sekolah.



Visi

Menjana Kecemerlangan Pelajar Dalam Semua Bidang Menjelang 2015.


Misi
Menjadi warga Sekolah Kebangsaan Gadong Jaya yang:
Berminda positif dan kreatif
Bermotivasi dan dinamik
Berilmu, beriman dan beramanah
Celik ICT dan mahir teknologi
Sifat fizikal dan mental
Bitara dalam semua bidang
Mengakar-umbi budaya SMART, kreatif, sistematik dan dinamik
Menepati aspirasi agama, budaya dan negara



Moto
Ilmu Suluh Hidup

Hala Tuju Warga SKGJ

Insan berilmu
Insan berminda positif dan kreatif
Insan bermotivasi tinggi
Insan berdaya tahan
Insan berilmu, beriman, beramal dan bertakwa
Insan berbudaya IT
Insan sihat fizikal dan mental
Insan berinformasi


Piagam Pelanggan

Kami, warga SK Gadong Jaya dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk:
memastikan semua pelajar menguasai kemahiran 3M dan celik IT
meninggikan mutu kerja dan perkhidmatan
bekerja dengan penuh tanggungjawab dan keikhlasan
mengikis sikap mementingkan diri
berkhidmat dengan muhibbah dan kemesraan