Selamat Datang ke Blog SK Gadong Jaya, 71900 Labu, Negeri Sembilan

Monday, 5 January 2015

SELAMAT DATANG KEPADA WARGA SKGJ SESI 2015

Sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula pada 12 Januari 2015. Kepada semua pelajar yang akan memulakan sesi baharu ini diucapkan selamat datang dan selamat menempuh pembelajaran dengan azam dan semangat yang membara.

Sunday, 21 April 2013

AKTIVITI ANJURAN PPD SEREMBAN

Sepanjang Januari hingga April, sekolah ini telah menghantar pelajar-pelajar untuk menyertai pertandingan koakademik dan sukan anjuran PPD Seremban. Sekolah ini telah diletakkan dalam daerah Seremban 2.

1. Pertandingan Kawad Kaki ( Johan Seremban 2 )
2. Sahibba ( Tempat Ke-4 Seremban 2 )
3. Peraduan Mengarang ( Tempat ke-4 dan ke-5 Tahap 1 Seremban 2 )
4. Hafazan ( Tempat ke-4 Seremban 2 )
5. Coral Speaking ( Penyertaan )
6. Pertandingan Bercerita
7. Pidato
8. Bola Tampar ( Tempat ke-3 Seremban 2 )
9. Bola Jaring
10.Tarian
11.Nyanyian Solo
12.Olahraga

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013

Peperiksaan Pertengahan Tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh   : 13 hingga 16 Mei 2013
Masa    : Isnin hingga Rabu

Semua pelajar diharap bersedia dan membuat ulang kaji bagi semua mata pelajaran.
Jadual peperiksaan akan diedarkan oleh Setiausaha Peperiksaan Dalaman. Ibu bapa
diharap dapat memantau jadual belajar anak masing-masing demi memastikan
kecemerlangan anak-anak.

Wednesday, 16 January 2013

BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100


MAJLIS PENYAMPAIAN PERINGKAT SEKOLAH AKAN DIADAKAN SEPERTI KETETAPAN BERIKUT:

TARIKH : 22 JANUARI 2013
HARI      : SELASA
MASA    : 1.30 HINGGA 3.00 PETANG
TEMPAT: DEWAN TERBUKA SK GADONG JAYA

ATURCARA MAJLIS:

1.30 PETANG : KETIBAAN IBU BAPA
1.45 PETANG : BACAAN DOA
                          UCAPAN YDP PIBG
                          UCAPAN WAKIL PPD
2.15 PETANG : AGIHAN WANG BANTUAN KHAS
3.00 PETANG : BERSURAI



Saturday, 22 December 2012

TARIKH-TARIKH PENTING:

Berikut adalah tarikh beberapa perkara yang akan berlaku melibatkan guru dan pelajar-pelajar Tahun 1 2013:

26 Disember 2012 - Mesyuarat Guru bertempat di Bilik Gerakan pada jam 8.30 pagi

27 Disember 2012 - Ujian Diagnosis Tahun 1 2013 melibatkan pelajar-pelajar yang akan mendaftar untuk
Tahun 1 2013 bertempat di kelas-kelas Tahun 1

29 Disember 2012 - Pendaftaran Tahun 1 2013 dan pembelian buku-buku tulis dan peralatan tambahan untuk kelas-kelas Tahun 2,3, 4, 5 dan 6  bagi  sesi 2013 di kedai buku sekolah

Wednesday, 28 November 2012

Keputusan UPSR 2012

Keputusan UPSR yang telah diumumkan pada 19 November 2012 telah mencatatkan keputusan yang cemerlang iaitu, seramai 7 orang pelajar telah mendapat 5A berbanding 5 orang pada tahun 2011. GPS sekolah pada tahun 2012 ialah 2.14. Seramai 70 orang calon telah mencapai kompetensi iaitu 79.5% berbanding 88 orang calon keseluruhan. Empat subjek telah mencatatkan peningkatan melebihi 90% iaitu Bahasa Melayu Pemahaman (98.9%), Bahasa Melayu Penulisan (94.3%), Matematik (94.3%) dan Sains (96.6%). Bagi subjek Bahasa Inggeris pula mencatatkan pencapaian 80.7%. Tahniah kepada pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang. Bagi yang kurang cemerlang perlu teruskan usaha sehingga berjaya pada masa akan datang.

Berikut adalah senarai nama pelajar yang telah mencapai keputusan 5A:
1. ALIANA ALLA AK RAYNOLD
2. AZWA BINTI ZULKARNAI
3. AZYAN FADHLIN BINTI AZMI
4. FATIN ATIRAH BINTI MUHAMMAD SA'EDI
5. NUR AIN SYUHADA BINTI SOFIAN
6. NUR ZULAIKHA BINTI ZAINORKIFLI
7. NURUL FARAHANA BINTI SHAMSUDIN

Dicatat oleh:
Puan Rozita Mohd Som

Selamat bercuti

Selamat bercuti kepada semua warga SK Gadong Jaya mulai 10 November 2012 hingga 2 Januari 2013. Berjumpa lagi pada tahun 2013 dengan azam untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang.